Rin Ahmad @Karya Lepak (2024)


Lisapelik melihat Lili tersenyum – senyum selepas berbual di telefon. Gaya macambercakap dengan Bos tapi lepas letak telefon, gaya macam orang angau. Lisadapat tangkap Lili cakap ‘Ya Bos’, ‘Baik Bos’ tapi yang pelik siap gelak –gelak.

“Ehem...lepascakap dengan Bos pun tak kan lah nak kena sengih sana – sini. Semacam je KakLong tengok.”

“Takada apa – apalah.”

“Jangancakap pak we Lili tu Bos Lili.” Lisa mengusik. Sakit hati kena hantar Lilisekali pun tapi kalau dah namanya hubungan adik beradik, dia tak kisah beralah.Lagi pun kenalah layan berbual, jenuh nak tunggu sampai JB bawak jalan lurus macam ni.

“Takada pak we lah.” Tengku Akhbar seorang je yang Lili tengah target ni tapi Kak Long janganlah kacau line. Lili menyambung jahat di dalam hati. Cinta pertama. Pertamakali tengok di KBU, hati Lili dah jatuh tergolek – golek.

Naktergelak pun ada sebab tiba – tiba tak ada hujan tak ada rebut Tuan Syedtelefon. Nak tanya okay ke tak dan nak tanya balik JB dengan siapa. Sah Najwadah siap bagi laporan penuh dia balik JB dengan Lisa. Memang dari awal lagi dahrancang nak suruh Lisa yang hantar dan perancangannya yang biasa – biasa padaasalnya kini dirasakan seperti amat hebat. Nak sangat dia tengok mereka berduani apabila bersemuka macam mana gaya agaknya. Tak seronok dengar Najwa cerita.Dipaksa Najwa cerita kisah pagi banyak kali tapi jawapan Najwa menghampakan.Nampak macam kenal tapi tak ada cakap – cakap pun. Muka Lisa garang sahajaNajwa cakap. Dengar Najwa cakap reaksi Lisa garang tu gaya macam benci benarLisa dengan Tuan Syed tapi kenapa? Kenapa mereka berpisah kalau dah gayanyamacam Romeo dan Juliet dalam gambar tu.

Kalaubudak – budak hotel tahu Tuan Syed ini suatu ketika dulu milik kakak dia,agaknya popular tak sekejap dia kat Hotel Seri Murni? Aci tak dia guna Lisa naktarik perhatian Tuan Syed? Mana tahu tahun ni dapat anugerah pekerja cemerlanglagi. Tak gerek la pula nak popularpakai nama Lisa. Lili pun dah cukup komersial apa nama tu. Lili bersangka baik.Bukan dengan cara ini dia akan buat untuk mencantas jalan Tengku Akhbar tapiLili dah cukup gembira dengan panggilan Tuan Syed tadi. Entah kenapa dia rasaTuan Syed telefon semata – mata kini dia adik Lisa dan bukan sebagai seorangpekerja.

Tuan Syed: You dah balik JB?

Lili: Dalam perjalanan. (Pehaltetiba nak tahu ni?)

Tuan Syed: Samalah kita. Saja nak tahuyou okay ke tak.

Lili: Ya Bos. Saya okay. (Wah,caringnya Bos aku. Uwekkk ni ada udang dalam mee.)

Tuan Syed: Balik JB macam mana ni?Dengan siapa?

Lili: Dengan kereta. (Confirm. Udangkara dalam mee ni, bukan sebarang udang. Tunggu ya Bos, surprise!!)

Tuan Syed: Jumpa esok.

Lili: Baik Bos. (Hahaha....padanmuka. Dia sengaja tak jawab balik dengan Lisa)

“LILInak drive.”

“Takpayah. Kalau Kak Long mengantuk baru tukar.” Lisa menolak pelawaan Lili. Lagipun tak sampai Seremban pun lagi.

Budaktengah remaja memang suka test power.Bagi Lisa, memandu kena fokus. Mana ada istilah test power. Bawak Perdanaje pun. Kalau Ferrari, Beemer, Posh ke lainlah. Bawak pulak kat jalan di German. Walaweii kenangan terindah. Rugi kalau belajar di German tapi taknak ambil lesen di sana. Bila lagi nak merasa bawak kereta macam pelesit. Selamat dan tak kena saman pun. Hadlaju yang dinasihatkan lebih daripada had laju maksima kat sini. Kat sana 130kmsejam had laju yang dinasihatkan. Kat sini 120 km sejam dah kira macam roket.Entah buat apa bayar tol, ada lebuh raya elok – elok pun tak tahulah. Had lajumaksima autobahn, ikutlah had laju kemampuan kereta anda. Berani bawak, berani tanggung.

BaruLili nak buka mulut nak memujuk Lisa, telefon si kakak berdering. Lili berkerutdahi apabila Lisa menghulurkan telefonnya minta jawab.

“Apa?”Lili menyambut telefon dengan malas

“Tolongjawab. Handsfree tertinggal dalam handbag lagi satu.”

Terlupanak ambil handsfree yang dia sumbatdalam poket depan beg tangan yang digunakannya ke pejabat pagi tadi. Lepasbercakap dengan Lydia, tangan gatal sumbat handsfreedalam beg. Patutnya tinggalkan setiap masa kat dashboard ni. Kan dah susahkalau stok suka tukar – tukar beg tangan ni. Ya lah, kata balik JB acarasantai. Tak kan nak usung beg tangan Braun Buffel kulit berkilat – kilat yangdia bawak pergi pejabat hari – hari.Cukuplah dengan beg jenama XOXO yang santai nak turun JB.

“HelloKak Lisa. Darling ni. Sedihla akak tak datang rumah petang ni.”

Ops. Ni bukan Kak Lisa. Dia tengah drive.”

Oh sorry.” Muram sahaja suara budak namaDarling ni.

“Nakpesan apa?”

Tell her I love her. Bye.Assalamualaikum.”

Lilitergamam. Dia pernah lah tengok budak nama Darling ni. Baru darjah dua kot.Sopan dan comel tapi selalu lupa nak tanya Lisa siapa dia ni. Lydia kawan KakLong ni janda ke apa?

“Siapa?”Lisa menjeling ke sebelah sekilas.

“Darling.Dia cakap ‘tell her I love her’. Diaanak luar nikah Lydia ke Kak Long?”

“Lili!Jangan kurang ajar sangat mulut tu.”

“Latanya je. Pakai tudung, tutup litup belum tentu baik pun. Macam Kak Long la.Dulu bukan main lagi.” Lili tersenyum dalam hati. Nak je cakap macam dia taktahu Kak Long dengan Tuan Syed dulu dah macam laki bini pun. Nasib baik tak‘ter’ada anak luar nikah je. Entah – entah ada? Siapa tahu kan?

Lisamembrek kereta dan memberi signal kiri dan berhenti di laluan kecemasan. Diadah tak boleh sabar. Dia boleh terima kalau perempuan tua busuk di Germanmenghinanya, remaja – remaja di German yang tak tahu apa itu agama Islamsebenarnya atau dihina oleh Syed Azri tapi darah daging sendiri? Dia tak nakjadi macam kakak Lydia.

“Liliturun sini. Turun!” Lisa mencerun ke arah Lili. Matanya besar kecik – besar kecik sahaja melihat Lili sekarang. Kalau tak diajar, sampai bilapun Lili ni tak reti nak hormat dia sebagai kakak.

“Apani Kak Long?”

“Dengarsini ya Lili. Kak Long dah cukup sabar apa yang Lili buat pasal rumah sewa tu.Kak Long dah cukup sabar apa yang Lili burukkan Kak Long dengan Tengku Akhbar.Ingat Kak Long tak tahuke? Lili cakap Kak Long menyewa dengan kekasih? Siapayang kenakan Kak Long suruh menyewa dengan lelaki? Lili pernah fikir tak entah– entah kakak Lili ni mati kena rogol dan bunuh kat sana? Pernah tak sesaatpakai otak tu fikir pasal orang? Pernah tak?” Lisa menjerit lantang.

Diatak peduli langsung berhenti di laluan kecemasan adalah suatu kesalahan. Kalaudia terus memandu pun, mungkin dia tak boleh nak fokus dan bakal mengundangkemalangan sahaja.

“BetulLili nak tahu siapa Darling?”

Lilidiam. Takut kalau Lisa benar – benar tinggalkannya di tepi jalan. Hey kat manani? Betul – betul sunyi tempat Kak Long berhenti. Dahlah hampir senja.

“Tak..tak..Liliminta maaf. Lili tak cakap macam tu lagi.” Lili tergagap – gagap memohon maaf.Dalam hati menyumpah – nyumpah. Apa yang Kak Long buat selalu mengena sahaja.Macam mana dia nak menang sekarang kalau sah kereta ni Kak Long yang pandu.Kalau dia nak melawan maknanya mencari nahas.

“Darlinganak sah taraf. Dia anak yatim piatu. Dia anak saudara Lydia. Lebih tepat anakkakak Lydia. Tahu macam mana Darling boleh jadi anak yatim piatu? Sebab....”

“KakLong tak apalah. Tak payah cerita.” Lili mengangkat kedua – dua belah tangangaya meminta ampun. Jalan cerita nampak macam syahdu. Tak kuasa dia nakmenangis sebab budak kecik tu.

“Dengar!Kak Long nak Lili dengar.”

“KakLong....” Lili dah takut mendengar suara Lisa yang tegas dan garang. Sebijik macam gaya Papa kalau mengamuk.Ishh...lembut – lembut Lisa yang macam Mama pun, rupa – rupanya ada bahagianyang dia menurun perangai Papa.

“KakakLydia kahwin dengan boyfriend dialepas kena tangkap khalwat. Mereka memang sosial zaman muda. Masing – masingdah kerja. Dah kahwin, sebab dua – dua pasangan ni sebenarnya budak pandai,mereka mula berubah. Kakak Lydia mula nampak cahaya Ilahi. Suaminya pun sama.Kemudian mereka dapat Darling. Lepas beberapa bulan mereka kahwin barumengandung. Tapi masyarakat kita suka menghukum semata – mata melihat kisahsilam. Pernah kena tangkap khalwat. Jadi Darling semua orang cakap anak luarnikah.”

“Err...”

“LepasDarling lahir, suami kakak Lydia meninggal dunia kemalangan. Keluarga Lydiakaya raya. Anak Tan Sri Ahmad, kenal?”

Lilimenelan air liur. Tak kan tak kenal. Eh, Danish Lutfi anak Tan Sri Ahmad tuadik Lydia lah kot? Siapa tak kenal, playboyseantero. Semua artis baru yang muda bergetah dia sapu.

“KeluargaLydia menentang apabila kakaknya nak berkahwin dengan pasangannya. Maklumlahkena tangkap khalwat. Laki tu pula anak orang biasa – biasa tapi dorang tak tahu laki tu lah punca anakmereka menemui jalan yang benar. Keluarga lelaki tu pun menentang juga sebabkononnya tak nak anak mereka kahwin dengan anak orang kaya yang sombong. Dalamhidup kadang – kadang dalam musibah kita bertemu cahaya. Kenapa? Kerana tiapakali kita susah, kita akan lebih dekat dengan Allah.” Dia faham perasaanDurrah, kakak Lydia.

“Jadikakak dia kahwin tak dapat restulah? Anak derhaka betul.”

“Katsitu ya dia jadi anak derhaka tapi pilihan Durrah menemukannya dengan jalanAllah. Habis bagus sangat ibu bapa yang dah tahu anak mereka perangai macamsyaitan dan membiarkan anak – anak terus hanyut? Dah kena tangkap khalwat puntak bagi kahwin pada hal masing – masing nak bertanggungjawab? Masing – masingdah kerja dan cukup syarat sah kahwin?”

“Takla...” Suara Lili kendur sahaja.

“Masing– masing dah berubah tapi keluarga Lydia tetap memandang hina Durrah dansuaminya. Macam dalam drama Kak Long rasa tapi realitinya memang wujud lagisistem kasta macam tu. Durrah betul – betul kembali ke landasan yang betul.Pernah suatu hari Durrah balik rumah masa tengah mengandung, seluruh keluarganyapulaukan dia. Dia cakap Durrah anak orang Arab mana sesat. Berkelubung macamtu. Kalau setakat nak sorok perut baik tak payah.”

“Bodohbetul keluarga Durrah tu. Lydia mana? Kenapa dia tak stand up for her sister? Nampak dia pun baik je.”

“Cakaporang bodoh. Yang tadi hina orang pakai tudung, tutup litup tu kenapa? Awak tupun bodoh sama. Sama macam masyarakat Melayu tipikal. Orang nak berubah bukannak sokong, nak menjatuhkan lagi ada.”

“La...sorry la.”

Lisamenjeling cermin belakang. Geraklah. Sambil bawakkereta pun boleh cerita. Harap – harap Lili ambil pengajaran. Lisa yangpositif. Lili yang negatif. Penat Lisa cerita, dia angguk, dia geleng, masuktelinga kanan kemudian keluar telinga kiri.

“Lydiakat London. Masih belajar. Durrah kahwin, tak ada orang bagitahu dia pun. Diabalik pun masa Durrah dah tenat. Sakit awalnya mungkin kerana tekanan. Tekananorang sekeliling. Lepas suami Durrah meninggal dunia, keluarga mentuanyamenuntut hak jagaan cucu mereka tapi mana boleh. Hak jagaan anak mestilah dapatkepada Durrah. Tak payah nak turun naik mahkamah sebab Durrah bekerja dan tiadasebab untuk dia tak layak menjaga Darling tapi sebab keluarga mentua selalubuat hal, selalu pergi serang Durrah, akhirnya dia tak tahan. Tiap kali Darlingmenangis, tiap kali Darling merengek, Durrah semakin merasakan tekananmembesarkan anak seorang diri. Tekanan daripada kawan – kawan sekerja yangmemandang serong melihat Durrah membesarkan Darling seorang diri juga cukuphebat. Tekanan dari depan dan belakang, kiri dan kanan membuat dia kerapmengambil pil – pil penenang. Bertahun lamanya Durrah memendam rasa. Mencariredha Ilahi tanpa sokongan sesiapa pun. Habit yang melekat lama – kelamaan membuathatinya rosak.”

“Matisebab tu? Apa bingai punya budak opismacam tu?”

“Biasalahkerja dengan KPMG. Atas office, bawahpub. Meeting client dan lepak lepaskerja pun kat pub. Tiba – tiba Durrah berubah, mesti susah nak co-op dengan existing environment dia. Nak tukar kerja bukan senang. Family pun dah tak support lagi. Nak tak nak kena kerja. Kak Long nak tanya ni. ApaLili rasa penyebab kematian dia? Sakit hati yang rosak atau sakit hati yangterluka dengan tekanan sekeliling?”

Lisamengeluh. Lili tak akan mungkin mengerti. Lili masih jauh di alam remaja yangmengkhayalkan. Dia faham perasaan Durrah. Sekali kita bertemu titik cahaya, nakmenggapai cahaya tersebut agar menerangi seluruh hidup bukan senang.Terutamanya orang – orang seperti Durrah dan dia. Dosa – dosa semalam menjadialibi masyarakat untuk menghukum. Dosa – dosa semalam membuat diri rasa terhinadan kadang – kadang terasa kerdil bukan setakat di mata Allah tapi di matamasyarakat sekali pun. Semua yang dilalui oleh Durrah pernah dilalui oleh Lisa.Bezanya Durrah bertemu cahaya bersama orang yang tersayang. Orang yangtersayangnya pergi dalam iman, dalam senyuman. Orang tersayang Lisa?Menghinanya dan langsung tak menghormati pilihannya.

“Sakithati kot.” Lili endah tak endah sahaja menjawab.

Lisadiam. Sakit hati yang dirobek dengan kata – kata memang boleh melumpuhkansemangat. Sayang Lydia tiada di samping Durrah. Lydia dulu tak seliar Durrah,dunianya belajar dan belajar sahaja dan taklah sebaik sekarang tapi bersamaDurrah di saat – saat akhir hidupnya menitipkan cahaya dalam jiwa dan raganyajuga. Sehingga Lydia sanggup membawa Darling ke London bersamanya. Memanglahada duit semua jadi. Lydia lebih daripada mampu untuk mengupah pengasuh untukmenjaga Darling tapi untuk membesarkan seorang kanak – kanak seperti anaksendiri? Lisa tabik berkali – kali. Lydia pernah meminjamkan diari arwah Durrahkepadanya. Rasanya air matanya mengalir sehingga tertidur membaca duri danrintangan yang dilalui oleh arwah. Bila ditanyakan kenapa Lydia mahu diamembacanya. Jawapan Lydia membuat Lisa terpana.

“Sayatak tahu ajal saya bila. Saya tak akan selalu di samping Lisa. Kalau suatu harinanti Lisa keseorang dan diuji tanpa henti. Jangan mengalah. Jangan sesekalimengalah. Untuk berubah, kita kena kuat. Ya sokongan orang sekeliling pentingdan kita harapkan tapi ingatlah, kalau ditanya amalan kita di akhirat nanti punkita keseorangan, maka untuk mencari jalan ke syurga, apa salahnya seorangdiri. Kalau benar tidak ada orang nak menyokong kita sekali pun. Allah kan ada.Tak cukup kasih sayang Allah untuk kita?”

Hanyaair mata yang menjadi jawapan kepada soalan Lydia. Yang membuat seorang NurLisa kuat. Yang membuat seorang Nur Lisa mampu melupakan seorang Syed Azri. Diafaham Lydia tak mahu Lisa lemah seperti Durrah. Memang kebiasaan Lisa akanmengambil pil Duromine atau Xanax kadang – kadang bukan kerana anxiety disorder yang dialaminya pun,tapi kadang – kadang semata – mata untuk melarikan diri dari masalah atausebagai jalan penyelesaian singkat. Lydia tak nak Lisa jadi seperti Durrahkalau suatu hari nanti Lisa keseorangan.

Kerana seorang sahabat yang inginkanyang terbaik untuk Lisa.

Kerana Allah telah menetapkan ujian yangmenguji ketaatan Lisa.

Kerana ujian bakal menuntut seorangisteri menutup aib seorang suami.

Yang bakal diharungi seorang diri.

Yang bakal terpendam dalam hati.

Yang bakal menusuk duri mawar ke tangkaihati.

Seakan– akan Lydia mampu membaca rintangan yang menanti di hadapan Lisa. MampukahLisa menjalani dugaan tanpa Lydia, sebagai isteri? Sebagai isteri kepadaseseorang yang tidak pernah diharapkannya walau pun dicintainya sepenuh hati. Sebagaiisteri seorang Syed Azri aturan adik yang menabur fitnah dan aturan takdir NurLisa.

Semesterterakhir Lydia meninggalkan Lisa sendirian dia bumi German, dipupuk kata – kataLydia di dalam hati. Nasihat Lydia yang mengatakan memang ramai orang yangbertemu hidayah jauh di rantau kerana di rantau orang, hati cepat menjadisunyi, menjadi walang dan tersentuh. Paling penting, di tempat orang senang nakmembezakan baik dan buruk. Jelas perbezaannya. Di Malaysia kadang – kadang nur Ilahiterkambus antara adat dan budaya, terselimut antara yang fasikh dan yang benar.

Lisamemandu dalam keadaan sedikit pilu. Lili di sebelah dah tertidur. Sampai diR&R Seremban mereka berhenti untuk makan dan solat jamak. Baik berhentiawal – awal daripada dah malam benar, leceh nak berhenti. Lisa nampak Liliterus keluar dari surau selepas solat. Dia pula lama berteleku di sejadah. LamaLisa panjatkan doa. Mengharapkan hadirnya Syed Azri, kembalinya Syed Azriseketika cuma mungkin untuk mengingatkan dosa – dosanya yang lalu. Mungkin diasudah lalai di mana – mana. Mungkin amalannya ada yang terkurang di sana -sini. Syed Azri hanyalah bayangan kisah silam. Untuk mengingatkannya tentanghari ini. Hari ini yang dia bernafas untuk mencari keredhaanNya.

Lisamelangkah keluar surau dengan perasaan yang bercampur - baur. Lisa mengaturlangkah di lorong yang menyambungkan surau, bilik air dan kedai – kedai sambilmencari kelibat Lili. Tadi Lili cakap nak beli cool blog. Bab solat, Lili kalausuruh boleh pula ikut. Tapi tadi dia gertak nak tinggalkan kat sini. Acilahkan. Sesekali pakai kuasa veto kakak. Lagi pun benda wajib terpaksa ke takterpaksa ke memang wajib kena buat. Lama – lama okaylah. Sebelum melangkah kekereta, sekali lagi Lisa membuang pandang ke arah surau. Terkenang coretandiari kehidupan Durrah setiap kali menjejakkan kaki ke rumah Allah yang sudahdihafalnya.

March 2003

Rupa– rupanya, rumah Allah memberi sejuta ketenangan. Darling menendang – nendangdi dalam perut. Mungkin seronok dibawa melangkah ke rumah Allah. Kenapa lambatbenar dia berjumpa tempat sebahagia ini? Kenapa kelab – kelab malam yangmenjadi tempat bahagia di zaman remajaku? Ya Allah, ampunkan dosa – dosahambamu yang hina ini. The tragedy of my life is not that it ends so soon butthat I wait so long to begin with. For everything I have today, thank youAllah. Alhamdulillah.

April 2003

Sekalilagi bersama Daddy mengimarahkan majlis ilmu di masjid berhampiran rumah kamimalam ini. Darling gembira agaknya. Menendang – nendang dengan aktif apabilabalik ke rumah. Daddy Darling pun teruja. Kami semua gembira tapi jauh di suduthati, terasa kebahagiaan ini sem*ntara sahaja. Bukan aku tidak bersyukur tapihati ini tetap sakit. Rindukan Mama, Papa seperti mana Daddy Darling rindukanMak dan Ayahnya. Semoga suatu hari nanti Darling tidak akan merindui kamiseperti kami merindui kalian. I know life was never meant to be easy but I neverthought it would be this hard. Still, thank you Allah. Alhamdulillah.

March 2004

Beradadi tempat yang sama. Walau pun ketenangan berada di rumah Allah tetapmendamaikan jiwa tapi kini hatiku tidak dapat tidak diselubungi duka. Dulubersama Daddy Darling tapi kini Mommy keseorangan. Besar dugaanMu ya Allah. Kauberikan ku seluruh cahaya hidayahMu tapi kau ambil satu – satunya temanku.Mampukah aku menghadapi dugaanMu ini? Mampukah ya Allah kerana aku semakinlemah. If Iever have someone to talk to and to share with, I would only ask one question.Have you ever felt so alone and nothing makes sense? Well that’s how I feelright now. I feel like I’m facing everything myself, with nothing but tears andfake smiles. Again, I am still grateful. Alhamdulillah.

Tubirmata Lisa mula bergenang. Sekurang – kurangnya Durrah bertuah. Merasamenjejakkan kaki bersama orang tersayang di rumah Allah. Dia? Sedang Lisa menala mata ke hujungtaman di hadapan surau R&R untuk menahan air mata daripada tumpah, Lisayang sambil menyusun langkah, terhenti melangkah tiba – tiba. Air mata yanghampir tumpah di pipi diseka dengan hujung lengan baju. Beg tangan XOXO tersandangdi bahu beralih ke tangan. Terbuai – buai beg tangan berhias taburan bentuk love yang comel dan cantik dimainkan ditangan kanannya. Jenama beg kegemaran Lisa. Entah dia tak peduli orang lainkenal ke tak jenama beg XOXO ni tapi dia suka je. Mata yang ditundukkanmemandang hayunan beg cuba mentafsir bayangan di hadapan. Sama seperti bayanganyang dilihatnya di hadapan Masjid Ul Ummah di Munich dulu. Syed Azri, bayanganatau kenyataan?

HadirnyaSyed Azri dua kali dalam lintasan mata di hadapan rumah Allah. Sebelum Azrikembali ke Malaysia, dia ingat kali terakhir dia nampak Syed Azri ialah dihadapan Masjid Ul Ummah, Munich tapi mungkin juga sekadar bayangan sebab jarakyang jauh juga. Apatah lagi setelah lama mereka tak bersua sejak Lisa berpindahke Olydorf. Azri tak pernah mencarinya di Olydorf. Bohonglah kalau Azri taktahu Lisa berpindah ke mana kerana dia pernah terserempak dengan Hanif danmemberitahu tempat tinggal barunya. Tak kan Hanif tak tolong pukul canang? Ataunamanya sudah diharamkan disebut oleh Syed Azri tapi kali ini Lisa mula goyah.Baru di tengah embun pagi tadi, dia berjumpa dengan Azri. Tak kan sekarangorang yang dia nampak sedang berdiri sambil menghisap rokok di taman seberangjalan ialah Azri? Bukankah Azri di Kuala Lumpur? Tak kan dia silap. SSB SyedAzri yang menawan hati remajanya dulu hanya satu di dunia. Okay tak kira SSBJake Gyllenhaal, Ryan Reynolds atau SSB model kacak Gabriel Aubry atau DavidGandy sekali pun, hanya SSB anak Tuan Syed juga yang melekat di kepala.

AZRImencampakkan puntung rokok ke dalam tong hijau di hujung taman. Taman yangbetul – betul menghadap surau R&R Seremban. Penat memandu seorang diri.Entah kenapa dia rajin nak menghabiskan masa di R&R. Biasanya kalau setakatKL-JB atau JB-KL dia akan rembat sahaja. Malas nak membuang masa berhenti. Tadidia sempat dengan santainya minum kopi siap makan mee rebus. Tak sedaplangsung. Akhirnya dibiarkan sahaja tak habis. Sekarang, dah habis rokoksebatang, perut terasa masih lapar. Beli roti pun cukup. Macam tak biasa alasperut dengan roti. Kalau Lisa dulu, dapat cheesebun dah menjerit macam dapat makan seekor kambing. Suka sangat.

Lisa?Azri menarik nafas dalam. Lisa tinggalkan dia tanpa sepatah kata malam itu. Diatak kan lupa. Dia tinggalkan Lisa di bumi Germany tanpa sepatah kata juga. Adilbukan? Cinta? Kasih sayang yang dia taburkan Lisa belum cukup ertinya. Lantasbagaimana lagi dia nak tunjukkan cintanya, buktikan betapa pentingnya Lisadalam hidupnya?

Bukandia tak menghormati perubahan Lisa tapi egonya menambat jiwa yang pernahdibalut duka. Bukan takut dengan bayang – bayang sendiri tapi takut langkahLisa tak mampu diikuti dan akhirnya Lisa memandangnya penuh hina. Biarlahmereka berpisah begini. Walau pun hati sakit tapi egonya masih bertempat. Diaboleh hidup dipandang Lisa dengan kebencian tapi bukan kehinaan. CantiknyaLisa, ayunya Lisa sekarang mungkin bukan untuknya lagi. Dia tak layak pun untukLisa. Memuja dari jauh mungkin atau meneruskan hidup dengan bersandarkankenangan lalu. Cukup? Cukuplah. Selama ini pun, hari – harinya bukan ditemanioleh kekasih atau mana – mana perempuan pun. Hidup juga. Azri malas nak fikirlebih – lebih walau pun tanpa sedar tadi dia menelefon Lili. Buat malu hero.Tak pernah umur dia nak telefon tanya – tanya khabar macam tu. Dia memang Bosyang prihatin tapi kalau setakat mabuk waktu bersuka ria, dah di luar etikakerja nak kena ambil berat pula.

Azrimembeli cheese bun dan sebotol co*ke.Malas nak berlama – lama dengan orang yang makin ramai. Dengan plastik ditangan, Azri menuju ke arah bertentangan, tempat keretanya diparking. Sebelumtu singgah dulu masuk bilik air. Basahkan muka yang agak mengantuk dan lemauni. Keluar dari bilik air, elok dia mengesat mukanya dengan sapu tangan, baruperasan lighter tadi tertinggal diatas bangku di taman. Laju kaki melangkah ke taman. Harap – harap ada lagilah.Azri tersengih apabila lighter birumasih berada di atas bangku. Sempat sebatang lagi rokok dibakar. Tengahmenghembus asap dengan penuh nikmat, mata terhala ke arah seseorang yang jugasedang memandangnya. Lisa? Dia nampak Lisa cepat – cepat mengalihkan pandangan.Rokok tidak dihabiskan dan dicampakkan sahaja ke dalam tong sampah. Azriberjalan perlahan menuju ke arah Lisa. Tak pula dia melarikan diri. Tegak macampatung sahaja.

“Lisa.”Azri menegur berhati – hati. Takut salah orang pula.

“Assalamualaikum.”Lisa berpaling dan berdiri memandang Azri. Nak lari pun nampak macam budaktadika pula.

“Nampaksaya awak nangis? Kenapa? Terharu sangat ke?”

Azrinak tergelak tapi air muka Lisa yang mendung macam baru lepas menangis membuatdia tak sampai hati nak meletuskan tawa. Senyum je la. Jumeirah Jane yang dahjadi Ustazah Nur Lisa baru lepas menangis. Kenapa agaknya?

“Taktapi pelik.”

“Apayang tak? Apa yang pelik? Kalau dah jodoh tak ke mana.”

Lisamengetap bibir mendengar usikan Azri. Jodohku siang dan malam kupinta agardiketemukan dengan seseorang yang mampu membimbingku. Azri? Not in million years!

“Kaliterakhir saya nampak awak. Kat Munich. Infront of the mosque. It’s you, it’s really you. Right?”

“Kalauorang tu handsome macam saya. Yakot.” Azri tersenyum lagi.

“Yalah. Apa yang saya cakap, apa yang saya pilih, mana pernah penting bagi awak.Semua nak main – main. Tak pernah nak serius. Tak apalah.” Lisa melangkahmeninggalkan Azri.

“Lisa...okay look.” Azri menarik tanganLisa.

“Azri...”Lisa hampir terjerit kerana terkejut tapi cuba mengawal suaranya daripadamemalukan Azri di tengah – tengah orang ramai.

“Ops!Sorry tapi berlapik kan?” Azri cepat– cepat melepaskan tangannya yang mencengkam lengan Lisa kuat. Terlupa batasanyang dijaga oleh Lisa sekarang. Tertampar sekali lagi egonya. Bosan!

Lisamenarik tangan kanan yang dilepaskan oleh Azri dan menunduk.

“Kenapapanggil saya ‘Azri...’ macam tu lagi? Kenapa nak merajuk lagi? Merajuk denganorang yang sayangkan kita Lisa. Yang cintakan kita. Patut ke saya pujuk awaksekarang? You tell me.” Azrimenyambung senafas. Meluahkan apa yang terbuku setelah kisah mereka di Pasingberakhir.

SenafasAzri menuturkan kata – katanya. Senafas sesak nafas Lisa mendengarnya.

“Azri...”

“Lagi.‘Azri...’ Jangan Lisa. Jangan.” Azri menghela nafas dalam. Lisa sahaja yangmemanggilnya lembut begitu. Panggilan yang dirasakannya penuh dengan kasihsayang.

Lisamakin menunduk. Termalu sendiri dengan kata – kata Azri yang semuanya benar.Lenggok bahasa adalah jenis zina. Macam mana dia boleh lupa manusia bolehhanyut hanya kerana suara merdu?

“Sayajalan dulu.” Lisa tersenyum sekadar menghormati Azri dan meminta diri. Sebakmasih menguasai diri. Tiba – tiba dia betul – betul menjiwai perasaan Durrahsekarang. Beginilah rasanya mencintai seseorang tapi sebenarnya jauh. Durrahterpisah nyawa, dia? Terpisah dengan pilihan hidup yang berbeza.

Have you everfelt so alone and nothing makes sense? Well that’s how I feel right now. I feellike I’m facing everything myself, with nothing but tears and fake smiles.

Lydia,bukan setakat Durrah Nujhan, seorang yang bernama Nur Lisa pun boleh kehilanganarah dan panduan kerana tersesat dalam ulitan cinta dunia. Kuatkan semangatkuya Allah. Betul diri terasa kosong. Kosong kerana dulu Azri dunianya. Dia belumhilang ingatan. Jauh diusir segala kenangan bersama Azri di Pasing dulu sekalipun, semuanya datang bertandang sekelip mata. Kalau dibuang sekali pun segalagambar – gambar kenangan mereka berdua, Lisa tetap tak mampu membuangingatannya sendiri.

Pasing,Germany

“Azritolong please....please...”

“Sebutnama Azri tu ikut nota muzik yang betul ya.”

“Azri...”

“Lagi?”

“My love, my shining sun, honey bunny,darling, sweetie pie, my everything....”

“No...no...lagi...” Azri mengarah sambilbercekak pinggang.

Amboi!Nak minta tolong sikit pun bukan main kena buli. Lisa memasamkan muka.

“Azri...Azri...Azri...”

“Congratulations. You just hit the rightnote! Okay. I’ll do.” Azri menepuk tangan. Dia suka cara Lisa memanggilnyabegitu. Antara mereka tak pernah wujud istilah panggilan mesra tapi cara Lisamemanggilnya amat istimewa. Betullah orang cakap, keserasian wujud sebabtoleransi. Lisa amat bertoleransi selama hidup dengannya. Tak sama dengankemanjaan Damia Humaira yang tipikal. Lisa manja bersahaja. Lisa membuai hanyadengan memanggil namanya.

“Okay,saya tidur dulu. Bye! Good Night!”Lisa terlompat – lompat keriangan. Seronok apabila Azri sanggup menolongnyamenyiapkan assignment. Kacang je lahbagi senior pandai macam Azri tu. Dia sekadar mengambil kesempatan. Sungguh dahdua malam rasanya tak tidur. Macam ni seksanya jadi budak TUM. Pada hal barusemester ketiga.

“Lisa...Lisa...come here.” Azri menggoyangkan jaritelunjuknya.

Barunak tarik selimut, kena bangun balik. Dengan malas Lisa menuju ke meja belajar.Azri dah siap dengan pen dan kertas A4 kosong. Skrin laptop yang tadimenayangkan game poker dah bertukarkepada Words.

Kiss Pill. Nanti ngantuk.” Azri menariktangan Lisa mendekatinya.

“Yalah.”

Cup!

Lisamengahdiahkan sebuah kucupan di dahi Azri.

“Buatbiar dapat full marks tau.”

“Yes madam.”

Lisa dengansenyuman berbaring siap sempat buat senaman betulkan urat di atas katil. Azrihanya tergelak melihat keletahnya.

“Emmm...” Azri menghampiri Lisa dikatil. Suis projektor pelangi dibuka.

“Sleep with rainbow tonight. Tidur sambildengar lagu MLTR, Sleeping Child ni okay.” Azri menepuk bahu Lisa sebelumkembali ke meja menghadap laptop. Lagu MLTR Sleeping Child dimainkan di laptop.Azri mula ralit membuat kerjanya. Untuk Lisa, demi Lisa.

Lisatergelak. Mata dipejamkan dan tak sampai berapa saat, dia sudah hanyut dibuaimimpi. Keesokan pagi, dia bangun dengan badan yang segar tapi Azri siapterlentok di meja belajar. Semata – mata nak menyiapkan assignment Lisa. Perlahan Lisa menghampiri Azri. Mouse digerakkan ke skrin dari mukasurat pertama hingga ke muka surat akhir.

Perfect!

Lisamenguntum senyum. Belakang Azri ditepuk perlahan.

“Wake up!”

Lisa memeluk Azri daribelakang dan berbisik “Thank you dear.”

AZRIsanggup berkorban apa sahaja untuknya tapi kenapa Azri tak sanggup untukberjalan seiringan dengan jalan yang dipilihnya kini? Bukan susah pun. Malahilmu Azri jauh lagi hebat dari ilmu di dadanya tapi apa gunanya ilmu tanpaamal?

“Lisa,tunggu. Saya, ya saya yang awak nampak.”

Airmata Lisa mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Tempat yang sama. Di hadapan rumahAllah. Waktu yang berbeza tapi perasaan yang sama. Dulu, memandang Azri darijauh. Hati pedih dalam keterasingan. Kini, memandang Azri di hadapan mata tapihati tetap pedih. Pedih dalam keterasingan.

Lirikbaris terakhir lagu Sleeping Child ‘keep you away from the world so wild’

melekat di kotak fikiran Lisa.

Dear Azri, you can’t even keep me awayfrom sin, the simplest sin, how can you ever keep me away from the world sowild?

Dear Lisa, hold strong. Sometimes love just ain’t enough.

p/s: i think this song suits them well :(

I don't want to lose you
but I don't want touse you
just to havesomebody by my side. I don't want to hate you,
I don't want totake you
but I don't want tobe the one to cry.

And that don'treally matter to anyone anymore.
But like a fool Ikeep losing my place
and I keep seeingyou walk through that door.

(Chorus)

But there's adanger in loving somebody too much,
and it's sad whenyou know it's your heart you can't trust.
There's a reasonwhy people don't stay where they are.
Baby, sometimes,love just aint enough.

Now, I could neverchange you
I don't want toblame you.
Baby, you don'thave to take the fall.
Yes, I may havehurt you, but I did not desert you.
Maybe I just wantto have it all.

It makes a soundlike thunder
it makes me feellike rain.
And like a fool whowill never see the truth,
I keep thinkingsomething's gonna change.

(Chorus)

And there's no wayhome
when it's late atnight and you're all alone.
Are there thingsthat you wanted to say?
And do you feel mebeside you in your bed,
there beside you,where I used to lay?

And there's a dangerin loving somebody too much,
and it's sad whenyou know it's your heart they can't touch.
There's a reasonwhy people don't stay who they are.
Baby, sometimes,love just ain't enough.

Baby, sometimes,love... it just ain't enough.
Oh, Oh, Oh, No



p/s/s: tetiba nak tambah. Since cter ni x hbs di blog, basically asal sy buat USD is nak share this value je kot. So the main objective of this USD is actually wrapped up in this epi. Dosa kecik, dosa besar, nak berubah, tepuk dada, tanya selera. Jgn harapkan org utk berubah. Sentiasa positif dlm hidup.
Yg lain bunga2 je kot. Kalau x cliche & sweet, sape nk baca kan? I'm great in making u guys ada rama2 dlm dada & flying & sitting on rainbow..hahaha...

Rin Ahmad @Karya Lepak (2024)
Top Articles
Microwave Salt Dough Recipe
18 Recipes Featuring Ginger to Help Lower Blood Pressure
# كشف تسربات المياه بجدة: أهمية وفوائد
Navin Dimond Net Worth
FPL tips and team of the week: Eze, Fernandes and Mateta should shine this week
9Anime Keeps Buffering
The Clapping Song Lyrics by Belle Stars
Papa's Pizzeria - Play Online at Coolmath Games
Indiana girl set for final surgery 5 years after suffering burns in kitchen accident
Nizhoni Massage Gun
Cpt 90677 Reimbursem*nt 2023
The biggest intelligence leaks in US history
Financial Literacy for Students | EVERFI
Milk And Mocha Bear Gifs
Sinai Web Scheduler
Craigslist Shallotte
Tacos Diego Hugoton Ks
J. Foster Phillips Funeral Home Obituaries
Body Rub Phoenix
Uw Oshkosh Wrestling
Food And Grocery Walmart Job
Oklahoma City Municipal Courthouse
Lehigh Valley Ironpigs Score
Truecarcin
'Blue Beetle': Release Date, Trailer, Cast, and Everything We Know So Far About the DCU Film
Days Till Dec 6
Evertote.ca
Hcpss Staff Hub Workday
Shawn N. Mullarkey Facebook
Lonesome Valley Barber
Jacksonville Nc Skipthegames
Runescape Abyssal Beast
Point After Salon
Fototour verlassener Fliegerhorst Schönwald [Lost Place Brandenburg]
Yillian Atkinson Velez
Skechers Outlet Greensboro Nc
Wmu Academic Calendar 2022
My Les Paul Forum
Chris Bailey Weather Forecast
Kagtwt
359 Greenville Ave Staunton Va
Cheeksorpillows
Oklahoma Scratch Off Remaining Prizes
10-Day Weather Forecast for Bratislava, Bratislava, Slovakia - The Weather Channel | weather.com
Charter Spectrum Appointment
Acceltrax Sycamore Services
Exploring The Craigslist Washington DC Marketplace - A Complete Overview
Madrigal Pharmaceuticals, Inc. (MDGL) Stock Forum & Discussion - Yahoo Finance
Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani - Movie Reviews
Used Go Karts For Sale Near Me Craigslist
Remembering the life of Jeff Hewson.
Iemand ervaring met FC-MOTO??
Latest Posts
Article information

Author: Maia Crooks Jr

Last Updated:

Views: 6169

Rating: 4.2 / 5 (63 voted)

Reviews: 86% of readers found this page helpful

Author information

Name: Maia Crooks Jr

Birthday: 1997-09-21

Address: 93119 Joseph Street, Peggyfurt, NC 11582

Phone: +2983088926881

Job: Principal Design Liaison

Hobby: Web surfing, Skiing, role-playing games, Sketching, Polo, Sewing, Genealogy

Introduction: My name is Maia Crooks Jr, I am a homely, joyous, shiny, successful, hilarious, thoughtful, joyous person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.